Saturday 14 January 2012

Sejarah Komputer dan Kepentingan TMK


1.1       Sejarah Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Sebelum tahun1940an


·         Ianya bermula dengan idea penggunaan mesin mengira ABAKUS dalam tamaddun Mesir dan China.
·         Dikembangkan lagi oleh John Napier, ahli matematik bangsa Scot dengan mereka alat mengira moden   diberi nama logaritma yang boleh menghitung darab  dan bahagi dengan mudah.
·         1617 , Napier menghasilkan alat baru dipanggil; Napier's Bones yang mengira dengan menggunakan jadual data.
·         1642, Blaise Pascal seorang ahli matematik Perancis mencipta mesen penghitung  digital pertama. Ia dapat mengira  dua angka  dengan cepat serta tepat. Ia merupakan asas keepada penciptaan alat mengira  atau kalkulator masa kini.
·         1671, seorang ahli matematik German bernama G.W. Leibnitz mencipta alat mengira yang lebih baik . Ianya menggunakan sistem binari dan dapat melakukan semua aktiviti arithmatik.
·         Penggunaan sistem binari merupakan asas penting dalam rekacipta komputer hari ini.
·         1812, seorang professor matematik di Universiti Cambridge yang bernama Charle Babbage mencipta alat yang dipanggil differeence engine yang berjaya melakukan kerja-kerja penjadualan trigonometri dan dikatakan berupayaan melakukan kerja sehingga 20 digit. Ia juga berjaya mengeluarkan output cetakan.
·         1835, C. Babbage mencipta alat baru diberi nama Analytical Engine yang mempunyai Unit-unit kawalan, arithmatik, ingatan unit storan dan output.  Unit storan mengandungi 50 penghitung  dan berupayaan menyimpan 1000 nombor yang setiap satu mengandungi 50 digit.
·         Inputnya terdiri dari tiga jenis kad tebuk.
·         George Boole telah mereka litar-litar logik seperti litar AND, OR dan NOT. Beliau telah  mengemukakan satu simbol algebra betul dan salah dan ini telah digunakan dalam reka bentuk komputer moden.
·         Ciptaan awal komputer merupakan satu mesin besar dan berat dengan fungsi operasi yang terhad.
·         Makmal Telefon Bell telah mempelopori mesin-mesin elektromekanikal dipanggil computer relay (1940) dan berupaya menjalankan operasi ke atas nombor-nombor kompleks.
·         1937, Howard Aiken dari Universiti Harvard berjaya mereka satu mesin yang berupaya menjalankan operasi ke atas urutan arithmatik secara automatik.


Selepas tahun 1940an

·         1944, Syarikat IBM dan Howard berkerjasama mengujudkan Kalkulator Urutan Terkawal Automatik dikenali dengan Mark 1.
·         Saiz Mark 1 ialah 15.5 meter panjang, 2.44 meter tinggi, 760,000 bahagian, berat 5 tan dan pendawaian sepanjang  926 KM, 72 penumpuk dan 60 set suis untuk pengawalan data.
·         Mark 1 berupaya menjalankan operasi campur, tolak, darab dan bahagi disamping beberapa fungsi trigonomentri.
·         Penggunaan secara mekanika adalah sangat lambat dan terbatas. Dengan terciptanya tiub hampagas (Vacuum Tube ), maka beroperasi komputer lebih pantas beribu kali ganda. Penggunaan tiub vakum yang pertama pada tahun 1942.
·         1943, Komputer colossus telah dicipta oleh British Code and Cipher School , Buckinghamshire, England  dengan kelajuan 5000 aksara sesaat. Ianya bertujuan menganalisa maklumat  Kerajaan German ketika perang dunia kedua. Output komputer di atas ialah mesin taip elektrik.


Rajah 1.0 : Komputer Digital ENIAC


·         1945,  J.P. Eckert dan J.W. Mmaunchly dari Universiti Pennsylvania mencipta komputer digital serba elektronik serba guna ( Electronic Numerical Integrator and Calculator – ENIAC). Memproses data 1000 kali lebih cepat dari mark 1. Mesin digunakan untuk program tembakan meriam pasukan tentera Amerika. Berat 30 tan, perlukan lokasi seluas 139.95 meter persegi dan berhawa dingin. Mempunyai 19,000 tiub vakum. Berkhidmat sehingga 1955.
·         1946, UNIVAC 1 dicipta. Merupakan komputer perniagaan pertama dipasarkan.
·         1952, EDVAC ( Electronic Discrete Variable Computer ) dicipta juga oleh Eckert dan Mauchly. Ia berkonsepkan program terstor. Ia menggunakan sistem perduaan untuk operasi arithmatik dan arahan operasi distor dalam bentuk digital dalam ingatannya.
·         1953, IBM memasang komputer pertama diberi nama IBM 701 dan seterusnya IBM 650 yang sangat popular ketika itu. Ia mempunyai beberapa bahagian iaitu Input, Output Unit Konsol dan Unit Bekalan Kuasa.
·         Komputer-komputer di atas dipanggil komputer generasi pertama.


Komputer Generasi Kedua


·         Bermula 1959, dipasangkan dengan transistor dan dengan ini saiz fizikal serta  tenaga yang digunakan semakin kecil. Ianya menjadi semakin cekap dan berpotensi tinggi.
·         Ianya dimulakan dalam perdagangan. Transistor untuk operasi arithmatik, teras magnet untuk ingatan, Pita magnet dan cakera adalah untuk media storan. Masa operasi telah menjadi singkat, contohnya untuk mendarab dua angka 10 digit  mengambil masa hanya 1 uS (mikro saat).
·         Antara komputer yang terkenal ialah IBM 1620 dan IBM 1401.


Komputer Generasi Ketiga ( 1964 – 1980an)

·         1971, Dr. Ted Hoff dari Inttel Corporation telah mengembangkan mikroprosesor Inttel 4004.
·         1975, Ethernet dikembangkan di Xerox PARC ( Palo Alto Research Center ) oleh Robert Metcalfe. Ethernet merupakan Local Areal Network (LAN) pertama.
·         1976, Steve Wozniak dan Steve Jobs telah membina komputer Appel pertama.
·         1979, Pengaturcaraan Visicalc telah diperkenalkan oleh Bob Frankston dan Dan Bricklin.
·         1980, Bill Gates iaitu pelopor Microsoft coporation telah diberi peluang oleh IBM untuk membina sistem pengoparasian MS DOS.


Komputer Generasi Keempat (1980 – kini)

·         1984, IBM memperkenalkan komputer peribadi PC AT,  yang menggunakan mikroprosesor Intel 80286. Apple pula memperkenalkan komputer Macintosh.
·         1987, beberapa komputer peribadi menggunakan mikroprosesor berkuasa Intel 80386.
·         1989, Intel 486 telah menjadi 1,000,000 pertama mikroprosesor transistor. Ia telah mengkompres 1,2 juta transistor pada satu silikon perak berukuran .4”X.6” dan memberi arahan pada 15 MIPS (juta arahan sesaat).
·         1990, Microsoft telah mengeluarkan Windoews 3.0, versi yang lebih maju daripada Windows yang pertama kali diperkenal pada 1985.
·         1991, World Wide Web Standards telah dikeluarkan yang menjelaskan framework untuk menghubung dokumen pada komputer yang berlainan.


Rajah 1.1 : Personal Digital Assistant (PDA)

·         1993, Sistem komputer menggunakan mikroprosesor Pentium diperkenalkan oleh beberapa buah syarikat. Chip Pantium adalah kesinambungan kepada mikroprosesor Intel 486.
·         1993, Browser Mosaic Graphical Wed diwujudkan oleh Marc Andreesen Kejayaan ini membawa kepada penubuhan Netscape Comunications Corporation.
·         1995, Mikroprosesor Pentium Pro mula dipasarkan oleh Inttel.
·         1997, Inttel memasarkan Mikroprosesor Pantium II yang kepantasannya tiga hingga empat kali lebih daripada Pantium Pro.
·         1998, Mikrosoft mengeluarkan Windows 98 bersama Active Desktop suatu peningkatan kepada Windows 95.
·         2000, Mikrosoft mengeluarkan Windows Me bersama Active Desktop


1.2          Kepentingan Teknologi Maklumat Mengikut Bidang

·         Pendidikan



Pelajar boleh belajar daripada komputer dengan menggunakan bahan yang disediakan oleh guru. Pembelajaran Berbantukan Kompute(PBK) ada di pasaran untuk kegunaan pembelajaran. Perisian PBK yang bermutu berpotensi  meningkatkan minat untuk belajar.
Rajah 1.2: Komputer dalam Pendidikan

·         Pengeluaran

Biasanya robot digunakan untuk kerja-kerja yang membahayakan kesihatan atau nyawa manusia atau kerja-kerja yang lebih cepat jika dibuat oleh robot. Misalannya kilang membuat kereta

Rajah 1.3: Komputer dalam Industri


·         Perdagangan

Komputer banyak digunakan untuk meningkatkan mutu dan tahap perdagangan sebuah negara secara umum. Beberapa perkara dalam perdagangan boleh dilakukan oleh komputer seperti cara barangan dikod menggunakan kod palang.

Rajah 1.4: Komputer dalam Perdagangan

Di bank, penggunaan komputer amat ketara utamanya mesin teller automatik yang mana menjimatkan dari segi masa dan urusniaga. Pengaruh penggunaan kad kredit atau kad caj  untuk membeli barang atau membayar perkhidmatan amat menakjubkan. Kad ini boleh digunakan oleh pelanggan ke mana-mana kedai, hotel, restoran, agensi penerbangan, pam minyak dan lain-lain syarikat perniagaan yang mempunyai perjanjian dengan pengeluar kad yang menggunakan kad tersebut untuk membayar bil. Penggunaan kad telefon yang memudahkan penggunaan telefon. Bil-bil yang dicetak komputer mempercepat dan memperbaiki perkhidmatan

·         Perhubungan

Penggunaan telekomunikasi atau komputer yang dirangkaikan diperingkat antarabangsa banyak memberi kesan positif. Melalui kemudahan telekomunikasi berbagai jenis perhubungan dapat dibuat. Contohnya komunikasi antara bank, pengeluar kad kredit, syarikat insuran, syarikat penerbangan, institusi pendidikan boleh dibuat dengan pantas melalui rangkaian komputer antarabangsa.

Rajah 1.5; Kaedah  komunikasi menggunakan satelit


·         Pekerjaan

Pada hari ini, kebanyakan pekerjaan semakin memerlukan kemahiran menggunakan komputer. Kalau dahulu, jurutaip menggunakan mesin taip, kini ia menggunakan komputer. Begitu juga juruwang, ahli profesyenal seperti guru, doktor, jurutera, akitek, peguam dan sebagainya semakin perlu tahu menggunakan komputer. 
Rajah 1,6; Penggunaan komputer dalam pekerjaan

Rumusan

Setakat ini anda telah mengetahui serba sedikit mengenai sejarah perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Sejarah perkembangan TMK adalah berkaitan langsung dengan usaha manusia untuk memudahkan pekerjaan mereka supaya lebih cekap dan pantas dalam pelbagai bidang kehidupan. Sejarah perkembangan TMK diperingkatkan mengikut generasi. Sekarang manusia sedang menggunakan komputer dalam generasi keempat dan masih berusaha untuk menuju kepada generasi kelima dengan percubaan menghasilkan komputer yang mempunyai kecerdasan buatan.










No comments:

Post a Comment