Sunday 15 January 2012

Asas Komputer




2.0  ASAS SISTEM KOMPUTER

Fungsi dan Bahagian Utama Komputer


 


§   Asas Sistem Komputer terdiri daripada:

Perkakasan ( Hardware )
Unit Pemprosesan
Perisian ( Software )

§    Perkakasan terdiri daripada:

1.      Peranti Input -  di mana pengguna dapat memasukkan data ke adalam komputer.
Di antara contoh-contoh peranti output ialah;
·         kayu ria
·         tetikus
·         papan kunci
·         kad tebuk
·         telefon
·         menyentuh skrin monitor

2.      Pemprosesan (memory) – dimana data diproses.
·         Ingatan Utama               – RAM
                                      - ROM

·      Ingatan Sekunder            – disket
                                              - CD
1.      Peranti Output - dimana data dapat dikeluarkan atau dibaca daripada komputer.
·         monitor
·         pencetak
·         pembesar suara

4.      Peranti Input
Peranti input merupakan perkakasan yang berperanan sebagai penyalur bagi membolehkan pengguna memberi arahan dan maklumat kepada sistem komputer. Ia terdiri daripada papan kekunci dan tetikus. Peranti pemprosesan mengandungi Unit Pemprosesan Pusat, Memori, dan Storan. Sementara monitor dan pencetak pula dikategorikan sebagai peranti output.

Maklumat yang dimasukan ke dalam komputer untuk diproses akan melalui peranti input. Maklumat ini boleh berbentuk:

·         teks
·         data
·         grafik
·         imej
·         bunyi

Alat-alat input terdiri daripada:

·         Kad tebuk

Merupakan salah satu cara input data yang mula-mula digunakan oleh komputer. Penggunaannya dalam pemprosesan data dipopularkan oleh Dr herman Hollerith. Kad ini terdiri daripada turus-turus 96 dan 80. Setiap turus melambang jumlah turus dan setiap satu turus mewakili satu abjad, nombor atau simbol. Input pada komputer dilakukan oleh mesin pembaca kad tebuk. Maklumat pada kad diwakili dalam bentuk kombinasi tebukan lubang-lubang yang ditentukan mengikut Kod Hollerith

·         Pita kertas

Berfungsi sama seperti kad tebuk tetapi ia juga mewakili output di samping input. Pada asalnya, pita kertas digunakan untuk menghantar pesanan telegraf. Seperti kad tebuk, pita kertas membaca dan merekod data berpandukan kombinasi lubang. Setiap aksara, nombor dan simbol mempunyai kod tersendiri. Kod ini ditafsir maksudnya di dalam komputer oleh mesin pembaca kertas.

 

·         Papan Kekunci


Peranti yang berbentuk mesin taip diguna untuk memasuk data atau teks ke dalam kenyataan untuk diproses.





No comments:

Post a Comment